Biasanya, budak-budak IT yang baru belajor buat website terutama yang mahu buat sistem berasaskan html, php dan mysql,mereka akan didoktrinkan dengan aplikasi xampp atau aplikasi Laragon yang datang dengan php, mysql, apache2,nginx, phpmyadmin.
doktrin yang ditanam dalam minda, Jika mahu buat website, wajib install xampp, sehingga ada sesetengahnya menjadikan xampp sebagai production web server.
Untuk proses pembangunan web di localhost tanpa xampp, boleh guna scoop untuk install php
ada tutorial install aplikasi menggunakan scoop di https://dev.to/nikolastojilj12/using-scoop-and-cmder-to-make-php-development-on-windows-bearable-8pd
scoop install php
scoop install mysql
tutorial detail di https://mebee.info/2022/07/01/post-51251/
untuk ganti phpmyadmin, boleh download adminer.php di https://www.adminer.org/
letak dalam satu folder, guna cmder untuk run arahan php untuk aktifkan buildin php web server.
contoh di bawah.
c:\\adminer\php -S 0.0.0.0:8000
buka tab baru dalam cmder,
c:\\project\php -S 0.0.0.0:8001
untuk run projek, boleh buka url localhost:8001 manakala untuk manage database boleh buka localhost:8000
catatan: aku guna cmder sebagai ganti cmd/powershell, boleh juga guna terminal